Page 9 - Lensa Pengurusan COVID-19 - Hospital Sultanah Aminah
P. 9
TINTA EDITOR
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Penerbitan Coffee Book ini adalah sebagai menyahut
seruan Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor
Bahru untuk membukukan pengalaman HSAJB dalam
menangani dan merawat pesakit COVID-19. Melalui
buku ini diharapkan pengalaman yang diperolehi dapat
dijadikan rujukan di masa hadapan.
Dalam menerbitkan buku ini, sidang pengarang telah
berusaha sedaya upaya menceritakan segala kisah yang
dihadapi oleh warga HSAJB dalam menangani pandemik COVID-19. Bagi
memastikan impak penceritaan, percambahan buah fikiran telah diatur dan
natijahnya penceritaan bergambar dihasilkan. Bak kata pepatah Inggeris, “A
Single Picture Tells A Thousand Words”.
Buku ini adalah cerita mengenai perjalanan HSAJB dalam mendepani jangkitan
COVID-19. Segala kesukaran dan cabaran dapat dilihat dalam penceritaan buku
ini. Penghasilan buku ini adalah sebagai tanda penghargaan HSAJB kepada
warganya yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam
memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sidang pengarang yang
telah menyumbang dalam menghasilkan Coffee Book ini. Semoga usaha anda
semua diberi ganjaran yang sebaik-baiknya.
Sekian, terima kasih.
Huzaimi Amir bin Zainudin
Editor

