Page 7 - Lensa Pengurusan COVID-19 - Hospital Sultanah Aminah
P. 7

SEKAPUR SIRIH                                                                                                           SEULAS PINANG




               Bismillahirrahmanirrahim.                                                                                               Assalamualaikum w.b.t. dan salam HSA di hatiku,

               Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.                                                                             Saya bersyukur dapat terlibat sama dalam penerbitan  Coffee Book : Lensa
                                                                                                                                       Pengurusan COVID-19 Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB). Penerbitan
               Dunia telah memasuki tahun ketiga Pandemik COVID-19 sejak ianya mula dikesan                                            buku ini menggambarkan segala usaha yang telah dilakukan oleh anggota HSAJB
               pada penghujung 2019. Secara rasminya, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru                                             dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19.
               menerima pesakit pertama yang dijangkiti COVID-19 pada 24 Januari 2020.
               Semenjak daripada tarikh tersebut dan sehingga kini, HSAJB telah menjadi barisan                                        Sepanjang dua tahun kita menempuh pandemik COVID-19, pelbagai pengalaman
               hadapan dalam merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19.
                                                                                                                                       dirasai. Cabaran mendatang yang  tidak pernah dialami  sebelum  ini,  menuntut
                                                                                                                                       pengurusan hospital perlu sentiasa dinamik dalam memastikan kelangsungan
               Dalam merawat pesakit ini, HSAJB telah melangkah ke satu era yang tidak pernah
               dibayangkan.  Jangkitan  COVID-19  di  seluruh  dunia  memberikan  satu                                                 operasi HSAJB.  Namun begitu, alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak,
               pengalaman yang berharga terutamanya dalam pengurusan dan                                                               perkhidmatan utama hospital ini dapat berjalan dengan lancar.
               perawatan pesakit berskala besar. Hampir keseluruhan tenaga kerja di
               HSAJB telah memberikan usaha tanpa mengenal penat dan lelah                                                                               Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
               dalam memastikan perkhidmatan kepada pesakit di tahap yang                                                                                  penghargaan kepada semua anggota hospital yang telah
               terbaik.                                                                                                                                     memberikan segala usaha dan tumpuan mereka dalam
                                                                                                                                                            memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada
               Usaha perawatan kepada pesakit ini tidak dapat dilaksanakan tanpa                                                                             pelanggan hospital.  Baik daripada anggota klinikal sehingga ke
               kerjasama jabatan atau agensi lain. Malahan, pihak hospital juga                                                                              anggota sokongan, segala titik peluh mereka amat dihargai.
               menerima kerjasama dan  sumbangan daripada individu  dan
               badan bukan Kerajaan yang prihatin dalam menangani krisis                                                                                      Selain itu,  setinggi-tinggi  penghargaan  diucapkan kepada
               kesihatan ini.                                                                                                                                 Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Johor,
                                                                                                                                                              Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Agensi-agensi Kerajaan dan
               Setelah mengharung badai dalam melawan jangkitan                                                                                                Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di atas segala bantuan dan
               COVID-19 ini, ada sinar di hujung perjalanan ini. Melalui                                                                                       kerjasama yang diberikan dalam membolehkan HSAJB
               program vaksinasi, kadar kemasukan pesakit ke wad semakin                                                                                       mengharungi cabaran untuk memberikan perkhidmatan
               berkurangan dan secara tidak langsung kadar kematian juga                                                                                       yang terbaik kepada  rakyat  Malaysia  secara umumnya dan
               semakin menurun.  Ini  menunjukkan  langkah-langkah yang                                                                                        rakyat di Negeri Johor secara khususnya.
               diambil telah menghasilkan perkembangan yang baik.
                                                                                                                                                                Ucapan     tahniah     kepada      sidang    pengarang       dalam
               Dalam kita melangkah ke fasa berikutnya iaitu fasa peralihan                                                                                     memastikan penerbitan Coffee Book ini menjadi kenyataan.
               endemik, HSAJB  merasakan  terdapat  keperluan  untuk
               membukukan pengalaman hospital ini dalam menguruskan                                                                                             Sekian, terima kasih.
               COVID-19.  Melalui Coffee Book ini diharapkan dapat menjadi
               rujukan dan pengajaran di masa hadapan.  Melalui buku ini
               juga, HSAJB mengucapkan ribuan terima kasih kepada
               anggota hospital yang telah memberikan segalanya dalam
               menghadapi cabaran ini.

               Saya  juga  mengucapkan  ribuan  tahniah  kepada  sidang
               pengarang di atas penerbitan buku ini. Semoga usaha kalian
               diberkati Allah dan berada di landasan yang betul.

               Sekian, terima kasih.
                                                                                                                                                              Iszalhamiyah binti Mohamed
               Wassalam.                                                                                                                                      Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan) merangkap
                                                                                                                                                              Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan  Coffee Book  : Lensa
                                                                                                                                                              Pengurusan COVID-19 HSAJB



               Dr. Hj Mohtar bin Pungut @ Hj Ahmad
               Pengarah
               Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12