Page 4 - Lensa Pengurusan COVID-19 - Hospital Sultanah Aminah
P. 4
DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA WABAK COVID-19
Dunia telah diuji dengan kehadiran wabak penyakit COVID-19 sehingga
diklasifikasikan sebagai wabak pandemik dan kini menjadi endemik.
Pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil dek penyakit COVID-19 yang
sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian.
Selain pencegahan dari aspek kesihatan, aspek kerohanian juga perlu
diamalkan dalam usaha memohon perlindungan daripada yang Maha Esa.
Antara doa yang boleh diamalkan untuk mengelak dan mencegah diri
daripada penyakit serta wabak berjangkit adalah seperti berikut:
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di
bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila,
penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Sila imbas Kod Qr berikut untuk akses kepada Doa Memohon
Perlindungan dan Dipermudahkan Urusan Anggota Hospital Sultanah
Aminah Johor Bahru (HSAJB) daripada Pengarah HSAJB, Dr. Hj. Mohtar
bin Pungut @ Hj. Ahmad.

